Jumaat, 27 November 2015

Resepi Nasi Bukhari

Nasi Bukhari Ayam  
 

Resepi Nasi Bukhari Ayam

Resepi Nasi Bukhari Ayam
Bahan-Bahan: ( 4 – 5 orang )
Bahan A – (tumis)
1 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris
3-5 biji buah pelaga
3-5 biji bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B – (bahan-bahan lain)
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
1 batang daun ketumbar – dihiris halus
secubit garam
sedikit gula


Cara Memasak:


1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau ( Gunakan periuk nasi kalau boleh ).
2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.

1 ulasan:

  1. BONANZ: Situs Judi Slot Online & Judi Online Casino
    BONANZ, Situs judi slot online terlengkap dan terpercaya no 1 di Indonesia di tahun 2021 ボンズ カジノ dengan game judi online m88 terlengkap yang menyediakan varian game william hill slot

    BalasPadam