Jumaat, 27 November 2015

Senarai anime yang ditayangkan di Malaysia

Bagi peminat anime di sekitar 90an yang mencari-cari anime kegemaran anda, berikut adalah senarai anime yang pernah ditayangkan di Malaysia.
Berikut merupakan senarai anime yang telah/sedang ditayangkan di Malaysia:
Sumber : Wikipidea

Resepi Nasi Bukhari

Nasi Bukhari Ayam  
 

Resepi Nasi Bukhari Ayam

Resepi Nasi Bukhari Ayam
Bahan-Bahan: ( 4 – 5 orang )
Bahan A – (tumis)
1 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris
3-5 biji buah pelaga
3-5 biji bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B – (bahan-bahan lain)
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
1 batang daun ketumbar – dihiris halus
secubit garam
sedikit gula


Cara Memasak:


1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau ( Gunakan periuk nasi kalau boleh ).
2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.

Pusat Go-Kart Universiti Utara Malaysia

Litar Go-Kart UUM merupakan yang pertama di dunia dibina dalam kampus. Uniknya, Litar Go-Kart UUM yang dibina melawan pusingan jam merupakan litar keempat dibina seumpama itu di dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia. Semua pelajar boleh menyertainya dengan caj bayaran RM5 untuk 5 pusingan. Orang luar yang berminat juga boleh menyertainya dengan caj bayaran RM30 untuk 5 pusingan.
terletak bersebelahan kawasan letak kenderaan Dewan MAS

keluasan 5.67 ekar
litar sepanjang 1.2km dengan lebar semaksimum 13 meter dan minimum 8 meter.